Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bayi baru lahir dijumpai di pasaraya
Diterbitkan:  Dec 7, 2018 11:05 AM
Dikemaskini: 3:05 AM


Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di bilik persalinan lampin di sebuah pasar raya terkemuka di Tanjong Tokong semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata bayi masih bernyawa dan berbalut kain putih itu ditemukan kira-kira jam 6 petang oleh seorang wanita ketika memasuki bilik tersebut.

"Bertindak atas laporan tersebut, pihak Hospital Pulau Pinang telah dihubungi manakala pegawai kesihatan juga telah datang ke tempat kejadian bagi memeriksa dan merawat bayi berkenaan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, bayi tersebut dipercayai baharu dilahirkan ekoran masih mempunyai tali pusat sebelum ditinggalkan serta penemuan darah di tandas berhampiran.

"Kes tersebut telah dimaklumkan kepada Penyiasat Jenayah Seksual bagi melakukan siasatan selanjutnya," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS