Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hospital, doktor dan kerajaan mahu batal saman isu berkhatan

Hospital Kuala Lipis, Hospital Selayang, pengarah-pengarahnya, doktor dan kerajaan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman ibu kanak-kanak yang dalam kes tersalah potong kepala zakar lapan tahun lalu.

Dalam permohonanya, mereka mendakwa saman tersebut secara menyebut secara khusus kausa tindakan.

Dresser (penolong pegawai perubatan) yang didakwa melakukan kesilapan terbabit pula kata mereka melakukan prosedur terbabit di premis persendirian, serta di luar waktu kerja.

Mereka juga menyatakan premis hospital tidak terlibat dengan prosedur berkhatan defenda pertama itu, dan hospital serta kerajaan tidak terbabit menyebabkan kecederaan serta kecacatan berkenaan.

Dalam afidavit untuk menyokong permohonan pembatalan saman itu seorang pegawai Kementerian Kesihatan memaklumkan proses berkhatan berlaku di Penjom, Kuala Lipis.

"Defendan kedua hingga keenam tidak wajar dipertanggunjawabkan atas tindakan persendirian di luar tugas waktu dresser tersebut dan ini diperakui dalam penyata tuntutan tersebut," kata afidavit daripada kerajaan.

Ibu mangsa pula dalam afidavit jawapannya memaklumkan bahawa kerajaan harus dipertanggungjawabkan kerana dresser terbabit ialah kakitangan kerajaan, dan kerajaan tahu dia melakukan kerja itu secara sampingan.

Defendan didakwa cuai

Wanita itu juga menyatakan bantahan untuk membatalkan saman telah luput masa kerana defendan kedua dan keenam sudah memfailkan pembelaan mereka.

Peguamnya, Mohamad Zainudin Abu Bakar, hari ini berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 3 Januari depan untuk kerajaan memfailkan jawapan bagi afidavit tersebut.

Tarikh 7 Jan pula ditetapkan sebagai hari pengurusan kes sebelum permohonan pembatalan tersebut didengar.

Bulan lalu Malaysiakini melaporkan seorang ibu berusia 57 tahun menamakan dresser - berumur 42 tahun - Hospital Kuala Lipis, Hospital Selayang dan kerajaan dalam samannya yang dibuat atas dakwaan berlaku kecuaian perubatan.

Gambar hiasan

Ketika kejadian pada 13 Dis 2010 di Penjom, Kuala Lipis, Pahang, pembantu perubatan itu yang berkhidmat di Hospital Kuala Lipis mengkhatankan kanak-kanak terbabit dengan seorang pembantu.

Akibat tersalah prosedur, kepala zakar kanak-kanak itu terputus dan menyebabkan banyak darah keluar.

Pembantu perubatan itu kemudian membawa kanak-kanak tersebut ke Hospital Kuala Lipis.

Ibu kanak-kanak itu dalam penyata tuntutannya turut mendakwa defendan cuai kerana tidak menjalankan prosedur penyambungan semula kerana Hospital Kuala Lipis tiada pakar urologi.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang.

Di Selayang - seperti didakwa dalam penyata tuntutannya - pembedahan penyambungan semula dilakukan pada 8.15 malam hari yang sama.

Selepas 35 hari pembedahan, ibu mangsa melihat penutup getah yang membalut zakar anaknya dan terkejut melihat kepala zakar anaknya sudah terpotong.

Ibu kanak-kanak itu mendakwa kecuaian dresser dan Hospital Kuala Lipis kerana membenarkan dresser itu mengkhatankan anaknya di luar premis hospital menyebabkan kecacatan kekal pada anaknya.

Ibu kanak-kanak itu juga mendakwa defendan gagal menyediakan laporan perubatan sebenar selain menyalahkan Hospital Selayang yang menurutnya hanya melakukan prosedur penyambungan semula zakar anaknya lima jam kemudian.

Lihat Komen
ADS