Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Idris: Jangan halang kami, dulu pun PH kaki demo
Diterbitkan:  Dec 7, 2018 10:19 PM
Dikemaskini: 2:19 PM

Naib Presiden PAS Idris Ahmad mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) terutama bekas anggota parti itu bahawa mereka pernah menjadi kaki demo supaya jangan lupa dengan apa yang pernah mereka lakukan dulu.

Mengulas mengenai himpunan yang akan diadakan PAS bersama NGO lain esok Idris berkata bermacam-macam usaha yang dilakukan bagi mematikan semangat rakyat termasuk melabelkan penganjur membuang duit dan membazir sahaja Kelantan memberikan cuti peristiwa.

“Bagus juga dengan tuduhan ini. Bertambah semangat rakyat untuk hadir apabila promosi dibuat oleh pemimpin PH.

“Biarkan rakyat jadi hakim negara. Ini masa pemimpin PH hadapi pula perhimpunan rakyat. Bukankah sebahagian pemimpin besar PH kaki demo.

“Bukan setakat demo, tidur atas jalan, bermalam dalam khemah. Hisap gas, kena pukul,” kata Idris Ahmad seperti dilaporkan Harakahdaily.

Justeru, Idris mengingatkan pemimpin PH supaya tidak mudah lupa cerita lama itu walaupun sudah menjadi kerajaan.

“Roda sentiasa berputar. Dulu hari awak, sekarang hari kami,” katanya.

Lihat Komen
ADS