Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ismail: PH masih simpan cita-cita iktiraf Icerd
Diterbitkan:  Dec 8, 2018 9:38 AM
Dikemaskini: 1:38 AM

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih menyimpan hasrat untuk mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kata Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, lapor media tempatan.

Ismail dipetik Utusan Online berkata hal ini ditunjukkan apabila Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Ariff Md Yusof menolak usul yang dibawa Anggota Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim untuk membahaskan dan menyokong keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi Icerd.

"Jadi ini pun kita dah nampak bahawa mereka tidak serius. Kerajaan PH hanya takut sementara tetapi kita yakin pada hari lain mereka akan kemukakan semula Icerd.

"Sebab itu kita perlu berhimpun esok dan saya harap semangat Umno dan Pas akan diteruskan jangan berhenti setelah perhimpunan esok selesai," katanya.

Ismail berucap pada majlis pra perhimpunan #DaulatHimpunan812 meraikan kejayaan menolak ratifikasi Icerd di Dataran Medan Selera Wira Damai, Gombak, Selangor malam tadi.

Ikut sama hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi; Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahalan dan Ketua Penerangan Umno Selangor, Senator Megat Zulkarnain Omardin.

Pada 6 Disember lalu, Anwar sebelum perbahasan Belanjawan 2019, menjelaskan usul yang dibawanya bertujuan mengelakkan kekeliruan rakyat mengenai Icerd.

Usul itu, kata Anwar, disokong oleh Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk), veteran DAP Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri) dan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian).

Lihat Komen
ADS