Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Imam sebak baca doa pohon hidayah buat pemimpin
Diterbitkan:  Dec 8, 2018 1:41 PM
Dikemaskini: 5:50 AM

Suasana jemaah solat Zuhur di Jalan Raja berdepan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur menjadi hening seketika ketika imam membacakan doa sebentar tadi.

Imam - yang dinyatakan sebagai Muhammad Ali Jamil - membacakan doa dengan suara yang sebak selepas selesai memimpin solat.

Melalui doa yang ringkas itu beliau memohon agar Allah mencampakkan taufik dan hidayah kepada para pemimpin di negara ini agar menjadi manusia yang beriman serta bertakwa.

"Kami berdoa di bawah langit-Mu, di bawah pancaran matahari-Mu yang terang berberang [..] Kau selamatkanlah himpunan kami hari ini ya Allah," katanya.

Jemaah kemudian mendirikan solat hajat sebelum pengacara majlis Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Kamaruzaman Mohamad, mengendalikan majlis.

Untuk rekod Kamaruzaman juga ialah anggota Jawatankuasa Pusat PAS.

Beliau juga mengingatkan peserta supaya menjaga kebersihan dan keselamatan harta awam.

"Jika tuan-tuan nampak sampah, tuan-tuan simpan dan bawa balik untuk dijadikan kenang-kenangan," katanya.

 

Lihat Komen
ADS