Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ancaman bom palsu: Tujuh lelaki ditahan di Ipoh
Diterbitkan:  Dec 8, 2018 2:35 PM
Dikemaskini: 6:35 AM

Polis menahan tujuh lelaki disyaki terbabit berhubung kejadian ancaman bom palsu di sebuah restoran makanan segera di Ipoh Garden, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata kesemua suspek yang ditahan berumur antara 20 dan 33 tahun itu juga merupakan pekerja restoran berkenaan.

“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 11 Dis,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam semalam, kira-kira 20 pekerja termasuk pelanggan gempar apabila diarahkan mengosongkan premis berkenaan gara-gara terdapat ancaman bom palsu.

Beliau berkata pihaknya mengerahkan satu pasukan unit pencegah bom daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak sebelum membuat pemeriksaan selama satu jam 30 minit, dan mendapati bangunan dua tingkat itu selamat.

-- LAGI

POLIS-TAHAN 2 (AKHIR) IPOH

“Di dinding sebuah tandas wanita tertulis ‘tempat ini akan meletup’ yang ditulis dengan tulisan berwarna merah kemudian terdapat satu balutan hitam dan gulungan wayar di atas sinki di tandas.

“Hasil pemeriksaan pihak kami mendapati balutan hitam tersebut hanya mengandungi tiga gelungan wayar pelbagai warna dan satu penutup botol,” katanya.

Mohd Ali berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu termasuk motif ancaman tersebut.

Katanya kes akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

-- BERNAMA

Lihat Komen
ADS