Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
PAS beri amaran rakyat sedia berhimpun di Putrajaya

PAS memberi amaran bahawa rakyat akan berhimpun di Putrajaya jika kerajaan Pakatan Harapan (PH) terus berdolak dalik berhubung ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).

Perkara itu disuarakan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap pada pentas himpunan anti-Icerd di Dataran Merdeka hari ini.

Dalam ucapannya beliau turut memberi amaran kepada negara luar agar tidak mencampuri urusan negara ini.

"Kami berhimpun bukan anti-Cina atau India, tapi kita berhimpun pertahankan hak Melayu. Kita berhimpun bukan kerana benci agama Hindu mahupun Budha, tetapi kita mempertahankan Islam.

"Amaran kedua, kerajaan PH jikalau berdolak-dalik (mengenai Icerd), kami rakyat sedia berhimpun di Putrajaya bagi menumbangkan PH.

"Amaran ketiga tolong jangan ganggu-gugat keharmonian negara," katanya ketika berucap.

 Perhimpunan kesyukuran dan bantahan Icerd hari ini dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dengan menghimpukan ribuan Melayu Islam yang rata-ratanya meruakan ahli Umno dan PAS dari seluruh negara.

Kerajaan pada 23 Nov lalu membuat keputusan untuk tidak meratifikasi Icerd selepas mendapat bantahan hebat daripada orang Melayu.

Semalam, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad meminta peserta perhimpunan supaya berhimpun secara aman dan menjaga keselamatan harta awam.

Umno, PAS berpadu tawan Putrajaya

Sementara itu, Timbalan presiden Umno, Mohamad Hasan menyifatkan kerjasama Umno dan PAS penting bagi penyatuan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata perhimpunan hari ini menjadi titik penyatuan kepada kerjasama dua parti itu untuk merampas kembali Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti dan mengembalikan maruah orang Melayu Islam di negara ini.

Jelas beliau, kehilangan kuasa orang Melayu pada PRU ke-14 lalu mengakibatkan bangsa Melayu dan Islam dihina.

"Umno dan PAS berkerjasama orang Melayu akan bersatu padu untuk tawan Putrajaya pada PRU ke-15. (Kita) orang Melayu kena bangun (bangkit) semula untuk mendapatkan kuasa.

"Maruah orang Melayu, Islam mesti kita bela, hari ini adalah hari bersejarah. Hari yang menandakan bersatunya orang Melayu dari dua parti yang telah lama bersengketa," katanya ketika berucap pada pentas himpunan bantah Icerd.

Lihat Komen
ADS