Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketua Muslimat PAS, presiden Upko angkat sumpah senator
Diterbitkan:  Dec 10, 2018 1:31 PM
Dikemaskini: 7:06 AM

Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Donald Peter Mojuntin dan Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara buat kali pertama, hari ini.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara,Tan Sri S.A. Vigneswaran di Dewan Negara di Kuala Lumpur bagi tempoh tiga tahun.

Donald ketika ditemui selepas mengangkat sumpah berkata beliau akan memainkan peranannya sebagai anggota Dewan Negara bagi menyumbang kepada pembangunan negara terutama di negeri Sabah.

"Sebenarnya, banyak isu relevan untuk dibawa ke Dewan Negara dari Sabah. Itulah amanah yang diberi kepada saya untuk mewakili Sabah dalam segala aspek yang akan beri faedah kepada negeri itu," katanya.

Beliau berkata isu yang paling penting bagi Sabah yang akan diberi fokus oleh beliau sebagai anggota Dewan Negara ialah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), pendatang asing tanpa izin dan ekonomi

Sementara itu, Nuridah berterima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu kerana memberi kepercayaan kepada beliau menjadi anggota Dewan Negara.

Katanya, beliau akan mengangkat isu kemasyarakatan dan kewanitaan terutama yang membabitkan Terengganu.

"Saya juga amat harap kerajaan negeri Terengganu dan parti supaya dapat memberi nasihat kepada saya menyempurnakan tanggungjawab ini," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS