Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Bung, Tajuddin dihalau, MP BN protes keluar dewan

PARLIMEN | Anggota parlimen BN keluar beramai-ramai daripada sidang Dewan Rakyat bagi membantah keputusan Timbalan Yang DiPertua Mohd Rashid Hasnon menghalau dua wakil rakyat gabungan pembangkang hari ini.

Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) dihalang masuk ke Dewan Rakyat selama satu hari kerana menganggu sidang dewan.

"Saya lihat Pasir Salak dan Kinabatangan terus menganggu, saya minta bentara halau mereka keluar," kata Rashid.

"Tak payah halau kami. Kami akan keluar sendiri, Dewan ini tidak adil (kepada kami)," kata seorang MP BN.

Kemudiannya, Chan Ming Kai (Harapan-Alor Setar) memohon dewan untuk bertindak terhadap mereka yang mengganggu beliau daripada membahaskan Rang Undang-Undang Kewangan 2018.

'Bodoh' dan 'kurang ajar'

Terdahulu, Bung Moktar mengemukakan usul memaksa RSN Rayer (Harapan-Jelutong) meminta maaf kerana menyebabkan Yang DiPertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof membuat keputusan untuk menghalang C Sivaraajh (BN-Cameron Highlands) daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat sejak 5 Disember lalu.

"Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada speaker kerana mengetahui dia (Rayer) telah membuat kesilapan," kata Sivaraajh.

Beberapa anggota parlimen Harapan melompat dan membantah kenyataan Sivaraajh, mengatakan Ariff tidak membuat apa-apa kesilapan sama sekali.

Tajuddin dan MP BN yang lain terus bertegas Rashid telah meluluskan usul mereka walaupun dewan sebenarnya mengabaikan mereka.

"Ini adalah perkara maruah dan prinsip," kata Tajuddin.

Wakil rakyat dari kedua-dua belah pihak mula bertelagah, dengan sebahagian MP menjeritkan perkataan 'bodoh' dan 'kurang ajar'.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS