Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda PAS mahu Tabung Haji distruktur semula
Diterbitkan:  Dec 12, 2018 12:06 AM
Dikemaskini: 4:06 PM

Penstrukturan kewangan dan pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) mestilah kembali kepada objektif asalnya supaya tidak digugat oleh sebarang angkara dan kecurangan.

Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan hari ini berkata TH perlu diperkasa lagi untuk berperanan menyempurnakan urusan haji umat Islam di Malaysia sama ada daripada profesionalisme pengurusannya mahupun janaan subsidi hasil pelaburannya.

"Reputasi TH sebagai badan yang menyimpan deposit terbesar umat Islam negara ini untuk menunaikan Rukun Islam kelima mesti diamankan daripada sebarang unsur politik.

"Kepercayaan pendeposit dan umat Islam keseluruhannya mesti sama sekali tidak diracuni oleh sebarang kecurigaan atau momokan yang boleh menjejaskan institusi penting itu sendiri," katanya.

Muhammad Khalil turut berkata pelanggaran Akta Tabung Haji 1995 yang didakwa menteri terbabit perlu segera dibawa ke muka pengadilan dan segala keterangan mesti dibawa kepada pihak berwajib untuk diambil tindakan.

Dalam pada itu, beliau berkata Pemuda PAS juga mengambil berat kaedah penstrukturan dengan mewujudkan special purpose vehicle (SPV) bagi mengambil alih underperforming asset yang susut nilai ketara akibat ketidaktentuan pasaran kewangan selepas pilihan raya umum lalu dan perang dagang China - AS.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof, berkata kabinet bersetuju supaya pengurusan baru TH mewujudkan SPV untuk memulihkan kedudukan kewangan agensi itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS