Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
P'raya India: Parti pemerintah India, BJP kalah di beberapa negeri utama
Diterbitkan:  Dec 12, 2018 7:24 AM
Dikemaskini: 11:24 PM

GLOBAL Parti pemerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi mengalami kekalahan mengejut di beberapa negeri utama menjelang pilihan raya kebangsaan negara itu yang dijadualkan berlangsung tahun depan.

Di Rajasthan, Parti Kongres Kebangsaan India (INC) dijangka membentuk kerajaan selepas menewaskan parti pemerintah BJP, berdasarkan trend kiraan undi yang disiarkan stesen televisyen di sini pada Selasa malam.

BJP turut kehilangan kuasa di Chhattisgarh di mana INC memenangi 67 daripada 90 kerusi yang dipertanding.

Keputusan di Madhya Pradesh hampir muktamad dengan BJP memenangi 106 kerusi manakala INC mendahului dengan meraih 114 daripada 230 kerusi yang dipertanding.

Parti Bahujan Samaj (BSP), yang memperjuang isu komuniti Dalit yang didakwa ketinggalan dari segi ekonomi dan sosial, mampu memenangi sehingga lima kerusi dan menjadi dalang politik di Madhya Pradesh.

Di Telangana, Parti Telangana Rashtra Samithi (TRS) meraih kemenangan selesa dan keputusan Ketua Menteri K.C. Chandrasekhar Rao mengadakan pilihan raya awal ternyata membuahkan hasil yang lumayan.

Di Mizoram, yang bersempadan dengan Myanmar dan Bangladesh, INC gagal mengekalkan kuasa selepas tewas kepada parti peringkat negeri Mizoram National Front.

-- Bernama

Lihat Komen
ADS