Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Mohamad Hassan menjelaskan bahawa pertemuan beliau bersama empat pemimpin Umno lain dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bukan bagi membincangkan keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Sebaliknya, kata timbalan presiden Umno itu, mereka merayu kepada Mahathir supaya tidak membubarkan parti berkenaan, yang pernah dipimpinnya selama lebih dua dekad.

"Ia hanya kunjungan hormat," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

"Tun M (Mahathir) kata Umno akan dibubarkan. Kami merayu kepadanya supaya tidak berbuat demikian," katanya.

Mohamad menyifatkan perjumpaan itu diadakan dalam suasana yang mesra.

"Tun menerima kami. Saya pernah bekerja di bawahnya. Belanja kami sate dan macam-macam.

"Dunia ini bukan sahaja mengenai politik. Ia mengenai hubungan. Kami membuat kunjungan hormat dan pada masa sama kami kata, 'tolong jangan bubarkan Umno'. Dia janji tidak akan berbuat demikian," katanya.

Dalam hantaran di Facebook sebelum ini, wartawan veteran A Kadir Jasin mengesahkan gambar tular pertemuan perdana menteri dengan pemimpin Umno itu sebagai tulen dan berlangsung pada Oktober.

Selain Mohamad, antara yang turut hadir dalam pertemuan itu ialah bekas menteri wilayah Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas menteri kpdnkk Hamzah Zainuddin, bekas menteri undang-undang Shahidan Kassim dan bekas menteri pembangunan luar bandar Noh Omar.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS