Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Hanya tanah milik kerajaan negeri boleh diwarta sebagai Taman Negara'
Diterbitkan:  Dec 13, 2018 2:53 PM
Dikemaskini: 7:05 AM

Pulau Kukup tidak boleh diwartakan sebagai taman negara selagi ia kekal sebagai tanah kesultanan, kata peguam N Surendran.

Penasihat Lawyers for Liberty (LFL) itu berkata, hanya tanah milik negeri yang dapat diwartakan, seperti yang dinyatakan dalam Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor 1989.

Justeru, katanya lagi, satu-satunya cara untuk mewartakan pulau itu sebagai taman negara adalah dengan kerajaan negeri sekali lagi mejadi pemilik tanah.

"Ini berdasarkan Seksyen 3(1) enakmen itu yang menyatakan pihak berkuasa negeri boleh merizab tanah negeri untuk taman negara.

"Maka Pulau Kukup tak boleh diwartakan sebagai taman negara kerana kerajaan Johor telah memutuskan ia diklasifikasikan sebagai tanah kesultanan mengikut Enakmen Tanah Kesultanan.

"Seksyen 2(1) enakmen itu menyatakan tanah kesultanan bukan sebahagian daripada milik kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ia sehari selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata tanah itu akan dikekalkan sebagai taman negara walaupun diklasifikan sebagai tanah kesultanan.

Sultan Ibrahim berkata, kerajaan Johor setuju untuk mewartakan seluruh Pulau Kukup berdasarkan Jadual II Enakmen Tanah Kesultanan untuk memastikan pulau itu terjaga, dan pada sama turut diwartakan sebagai taman negara bawah Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor.

Perbadanan itu juga bertanggungjawab memelihara kawasan itu, kata Sultan Ibrahim lagi.

Lihat Komen
ADS