Paling Popular
Terkini

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan akan mengetatkan syarat lesen import minuman arak dengan mengenakan had minimum pengimportan dengan kadar segera.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata had pengimportan minimum dikenakan bertujuan mengelakkan salah guna lesen import.

"Syarikat yang mempunyai lesen import selama tiga tahun atau lebih hendaklah membuat pengimportan minimum sebanyak 20,000 liter arak setahun atau 5,000 liter arak setiap suku tahun.

"Manakala, syarikat yang kurang dari tiga tahun had minimum ialah 10,000 liter setahun atau 2,500 liter arak setiap suku tahun. Sekiranya mereka tidak mencapai had minimum berkenaan, lesen import mereka akan terbatal dengan serta merta," tegasnya.

Berucap pada Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Se-Malaysia kali ke-86 di Hotel Holiday Villa, Subromaniam berkata lebih 400 syarikat kini memiliki lesen import yang sah bagi membekalkan arak dan rokok.

"Namun, tidak semuanya membayar cukai. Dengan mengamalkan had minimum kita dapat memastikan mereka menjalankan urusan import secara sah," katanya lagi.

Dipercayai, JKDM mengambi keputusan untuk mengetatkan syarat lesen import, susulan pendedahan beberapa syarikat menyeludup masuk arak dan rokok tiruan ke dalam negeri termasuk dua syarikat milik seorang individu berkait rapat dengan seorang pemimpin tertinggi kerajaan pusat terdahulu.

Menurut sumber dalaman JKDM, dua syarikat tersebut beralamat Petaling Jaya membawa masuk arak dari China atas sebelum dikatakan dieksport ke negara lain.

Namun, siasatan mendapati kontena-kontena yang berisi minuman arak tidak dieksport ke negara lain, sebaliknya diseludup masuk pasaran tempatan.

“Kami sudah mempunyai bukti yang mencukupi untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut," kata sumber tersebut.

"Sehingga lesen syarikat tersebut dibeku pada September lalu, lebih 200 kontena minuman arak tiruan bawah oleh syarikat tersebut," tambah sumber itu lagi.

Sementara itu, Subromaniam turut memberitahu bahawa semua pegawai tertinggi dan pegawai penguatkuasa agensi itu akan 'diperhatikan'.

"Dengan penubuhan Cawangan Siasatan Dalaman, JKDM kini mampu menangani isu integriti agensi penguatkuasa itu dan adalah selaras dengan pindaan Seksyen 137 Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan kuasa tambahan dalam pendakwaan ke atas mana-mana pegawai agensi itu yang didapati menyalah guna kuasa atau terbabit dalam kegiatan berunsur rasuah," jelasnya lagi.

Lihat Komen
ADS