Paling Popular
Terkini
story images
story images

Presiden PKR, Anwar Ibrahim menegaskan beliau boleh bertemu sesiapa sahaja di parlimen dan terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan mereka yang menyokong agenda perubahan.

Beliau menjawab soalan media mengenai perbincangan dengan anggota Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz di parlimen seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini.

"Saya bertemu semua orang dari parlimen, dalam caucas reform juga.

"Ada selain Kit Siang, ada wakil Umno, PAS dan Warisan. Perbincangan sebelum mesyuarat. Kita terbuka, tapi saya jawab konsistenlah, bahawa kita sedia bincang tapi bincang bukan sertai parti tapi bincang tentang perlu semua support (sokong) agenda reform (perubahan)," katanya ketika ditemui di Universiti Malaya hari ini.

Terdahulu, Nazri mendedahkan perbincangannya dengan Anwar semasa mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Umno Selangor.

Beliau turut menyebut mengenai empat perkara yang diminta daripada Anwar.

Antara perkara itu, Nazri meminta Umno tidak dibubarkan dan Anwar apabila menjadi perdana menteri tidak menganiaya bekas perdana menteri Najib Razak.

"Bukan mengaibkan dia. Mengaibkan dia ertinya maksud untuk menghina seseorang, tetapi ada asas untuk pihak penyiasat dan peguam negara lakukan pendakwaan kerana negara hari ini beban dengan kehilangan dana besar.

"Jadi kalau DS Najib didapati bertanggungjawab, tugas kerajaan adalah mendakwa dan saya sokong keputusan kerajaan untuk mendakwa dia," katanya.

Lihat Komen
ADS