Dua tahun selepas pameran awammya di Komtar diganggu oleh "samseng " dan sebahagian hasil karyanya dirampas oleh polis, kartunis politik Zunar membuat kemunculan semula di Pulau Pinang hujung minggu ini, 15 dan 16 Disember dalam tiga acara.

Esok, Penang Institute akan menganjurkan "Zunar: Pameran dan Ceramah" dari pukul 3 petang hingga 4.30 petang di premisnya di Jalan Brown.

Pada hari Ahad, Zunar akan bertemu peminat di dua majlis menandatangani buku di Times, Gurney Paragon, dari jam 11 pagi hingga 12 tengah hari, dan di Borders, Queensbay Mall, dari jam 4 petang hingga 5 petang.

Zunar, atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Alhaque, berkaa buku-bukunya yang semuanya "haram" sebelum 9 Mei kerana diharamkan di bawah bekas kerajaan BN.

Dia kemudian disiasat di bawah Akta Pencetakan dan Penerbitan dan Akta Hasutan.

"Ribuan buku saya telah dirampas, pemilik kilang-kilang cetak dan kedai buku telah diancam dengan penangkapan dan penjara.

"Saya telah ditangkap beberapa kali dan didakwa, pejabat saya diserbu banyak kali dan kes mahkamah yang panjang berkaitan buku-buku iu," kata Zunar dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Datang Malaysia baru, katanya, dulu haram, sekarang halal.

Buku-buku beliau - Ketawa Pink-Pink Twit-twit Cin-Cin, Wasabi, Sapuman, ROS in Kangkongland dan Pirate of Carry-BN - kebanyakannya mensasarkan bekas Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor dan setiap tajuk mempunyai kisah dan sejarahnya sendiri .

Bagi Zunar, Pulau Pinang mempunyai tempat istimewa di hatinya.

Katanya, beliau memilih Pulau Pinang Kerana baginya, rakyat Pulau Pinang adalah antara mereka yang berdiri teguh di belakangmya ketika dia menghadapi kesukaran, termasuk apabila dia telah diserang oleh samseng di pamerannya di Komtar dua tahun lalu.

Tambahnya, rakyat Pulau Pinang terus memberinya sokongan moral dan untuk beliau meneruskan aktivititnya di pulau itu semasa ruang kebebasan terhad.

Dengan menemui mereka dan menandatangani buku mereka, kata Zunar, ia adalah satu caranya baginya mengucap terima kasih kepada semua rakyat Pulau Pinang.

Zunar merupakan penerima 'Cartoonist for Peace Award' yang disampaikan oleh bekas setiausaha agung PBB Kofi Annan di Geneva pada 2016.

[Baca berita penuh]