Ketua Polis Daerah Tampin Ramli Kasa mengesahkan Hospital Tampin disahkan selamat dan tiada objek disyaki bom.

Katanya, operasi hospital bermula seperti biasa pada 9.50 pagi.

Pagi tadi, Hospital Tampin menerima satu panggilan ancaman bom di kawasan berkenaan daripada individu yang tidak dikenali.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis yang mengesahkan perkara itu berkata seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada pejabat Pegawai Daerah Tampin pada 6.50 pagi.

-Bernama