Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DAP jangan menyibuk siapa bakal calon kami - MIC

MIC mengesahkan akan bertanding semula dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands dan meminta DAP tidak “sibuk” dengan bakal calon mereka.

"Saya nampak bekas calon DAP di Cameron Highlands selama dua penggal M Manogaran meminta MIC agar merujuk kepada undang-undang apakah penyandang kerusinya Datuk C Sivarraajh masih layak bertanding atau sebaliknya.

“Nasihat kami kepadanya, jangan risau pasal MIC, fokus kepada masalah dalaman DAP di Cameron Highlands.

"Kami ingin tegaskan bahawa MIC bakal akan bertanding di Cameron Highlands. Biar Presiden partinya (Tan Sri SA Vigneswaran) memilih bakal calon pada PRK akan datang itu," tegas Ketua Penerangan MIC V Gunalan kepada Malaysiakini.

Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November mengisytiharkan kemenangan BN di Cameron Highlands pada PRU14 terbatal dan tidak sah selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi.

MIC tidak membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah tersebut.

Presidennya, Vigneswaran berkata MIC memutuskan untuk merayu kepada rakyat (pengundi Cameron Highlands) bukannya mahkamah.

Cameron Highlands merupakan kerusi tradisional MIC yang dimenangi sejak 2004. Pada PRU14 Sivarraajh mengalahkan Manogaran dengan majoriti 567 undi.

Lihat Komen
ADS