Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peruntukan belanjawan 2019 Kementerian Pertahanan ditambah
Diterbitkan:  Dec 15, 2018 7:33 AM
Dikemaskini: 11:33 PM

Peruntukan Belanjawan 2019 bagi Kementerian Pertahanan kini berjumlah RM15.37 billion, selepas Kementerian Kewangan menyalur peruntukan tambahan di bawah Belanjawan Mengurus sebanyak RM1.45 bilion.​

Menurut kenyataan Jabatan Penerangan semalam pertambahan peruntukan ini sepertimana diumum Menteri Pertahanan Mohamad Sabu pada 19 Nov lepas.

Ini bermakna perbezaan Belanjawan 2019 berbanding 2018 yang memperuntukkan sebanyak RM15.49 bilion adalah satu peratus secara keselururuhan.

"Kementerian Pertahanan akan menyusun semula keutamaan perbelanjaan dengan beberapa langkah seperti mengkaji semula skop dan kos kontrak serta mengamalkan perbelanjaan berhemah tanpa memberi kopromi kepada isu-isu keselamatan, kesiapsiagaan aset ketenteraan, kebajikan dan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia termasuk keluarga mereka dan veteran," menurut kenyataan itu.

Menurut Jabatan Penerangan, kenyataan ini adalah bagi mengulas pertanyaan Senator Datuk Razali Idris pada sesi soal jawab Dewan Negara semalam, serta keraguan sesetengah pihak bahawa peruntukan belanjawan bagi Kementerian Pertahanan telah menurun berbanding tahun 2018.​​​​​​​

Peruntukan asal Kementerian Pertahanan berdasarkan Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2019 adalah berjumlah RM13.918 bilion, iaitu sebanyak RM10.27 bilion bagi Belanja Mengurus dan RM3.64 bilion bagi Belanja Pembangunan.

-- Bernama

Lihat Komen
ADS