Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peringatan Kit Siang: Tanpa sokongan orang Melayu, Malaysia Baru akan gagal
Diterbitkan:  Dec 15, 2018 9:37 AM
Dikemaskini: 1:37 AM

WAWANCARA | Selepas pilihan raya umum ke-14, Merdeka Centre menganggarkan bahawa sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Harapan adalah sekitar 25 hingga 30 peratus.

Kedua-dua BN dan PAS terbukti lebih popular di kalangan kumpulan etnik terbesar Malaysia itu, masing-masing mengumpul 35 hingga 40 peratus dan 30 hingga 33 peratus sokongan.

Oleh itu, kerajaan baru mesti mengembangkan sokongannya di kalangan orang Melayu jika ia mahu bertahan lebih darpada satu penggal dan mempunyai cukup masa untuk melaksanakan reform yang dijanjikannya, tegas penasihat DAP Malaysia, Lim Kit Siang.

"Wujud keperluan untuk sokongan lebih orang Melayu. Ini (25% hingga 30%) sudah cukup untuk 9 Mei - untuk satu perubahan tetapi tidak cukup untuk satu kebangkitan semula.

"[...] Kita mesti dapat meningkatkan pemahaman orang Melayu (tentang kerajaan) dan sokongan mereka," katanya kepada Malaysiakini dalam satu temu bual di ibu pejabat partinya di Kuala Lumpur.

Ini perlu dilakukan sambil mengekalkan populariti tinggi di kalangan pengundi bukan Melayu. Tinjauan yang sama meletakkan sokongan kepada Harapan dari pengundi Cina ialah pada 95 peratus manakala dari pengundi India, 75 peratus.

"Jika tidak boleh, maka Harapan akan gagal. 'Malaysia Baru' akan gagal, dan kita boleh kembali kepada masa pra-9 Mei," katanya.

[Baca berita penuh]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS