Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB: Kuil Seafield perlu pulangkan RM1.5 juta, tanah tapak baru
Diterbitkan:  Dec 15, 2018 12:19 PM
Dikemaskini: 4:19 AM

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata pihak Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya, perlu memulangkan wang pampasan RM1.5 juta dan tapak baru seekar yang diberikan sebelum ini, memandangkan kuil itu akan kekal di tapak sedia ada.

Amirudin berkata demikian susulan pengumuman Peguam Negara Tommy Thomas bahawa One City Development Sdn Bhd bersetuju untuk memindahkan tanah itu kepada amanah yang ditadbir Mahkamah Tinggi, sebelum dipindahkan kepada pemegang amanah yang akan dilantik.

"Kerajaan Selangor menyambut baik kenyataan peguam negara berkenaan isu kuil Seafield dan setuju dengan penyelesaian yang dicadangkan yang menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang.

"Sehubungan itu, kerajaan Selangor berpandangan tapak tanah seekar dan wang pampasan RM1.5 juta yang diberikan oleh pemaju haruslah dipulangkan semula sebagai sebahagian daripada penyelesaian yang dicadangkan peguam negara," katanya dalam kenyataan.

Pampasan itu diberikan pemaju selepas pemegang amanah sebelum ini setuju untuk memindahkan kuil itu.

Namun pemegang amanah baru tidak setuju dengan rancangan itu.

Syarikat pemaju didakwa mengupah sekumpulan individu untuk ke kuil itu pada 26 November lalu. Ketegangan tercetus dengan penganut di sana yang berlanjutan selama dua hari.

One City Development menafikan dakwaan itu yang dibuat polis seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.

Lihat Komen
ADS