Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Dapatkan majoriti 2/3 melalui undi dwiparti, bukan MP paling tadah'

Reformasi perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat patut didapatkan melalui kerjasama dwipartisan dan bukanlah dengan MP berpaing tadah menyokong parti pemerintah, kata bekas pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan

"Saya tidak menyokong sebarang parti atau gabungan mendapatkan majoriti dua pertiga, kerana ia membenarkan Perlembagaan Persekutuan untuk dipinda sewenangnya dan pembangkang tidak akan dapat memainkan peranan semak dan imbang yang cekap.

"Tiada keraguan mengenai reformasi perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga, tetapi ia perlu dicapai melalui persetujuan dengan MP dari kedua-dua pihak (pemerintah dan pembangkang)," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Bermula Khamis lalu, sepuluh MP keluar Umno mendakwa presidennya Ahmad Zahid Hamidi gagal mengemudi arah haluan parti itu.

Sejak PRU14, seramai 16 orang MP telah keluar Umno dan 12 yang menjadi wakil rakyat bebas menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahu pelampau kanan jadi kuat?

Antara MP yang berpaling tadah, Anggota Parlimen Larut Hamzah Zainuddin mendakwa terdapat kira-kira 36 orang lagi wakil rakyat BN yang menandatangani surat menyokong Mahathir bulan lepas. Jumlah itu termasuk mereka yang masih berada di dalam parti.

Sekiranya dakwaan itu benar, ini bermakna Mahathir mempunyai bilangan MP bagi mencapai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Sementara itu, peguam PKR Latheefa Koya menolak idea parlimen memerlukan pembangkang yang kuat, berkata ia suatu "tanggapan palsu".

"Betulkah begitu, kenapa kamu mahu pelampau dengan garis politik kanan seperti Umno dan PAS menjadi kuat?

"Saya gembira jika ia bubar. Tak guna memiliki kumpulan garis politik kanan yang 'kuat'.

"Mereka tidak akan menyediakan semak dan imbang," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS