Nurul Izzah ketuai PKR Pulau Pinang
PKR hari ini mengumumkan Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai Pengerusi Pimpinan Negeri (MPN) bagi Pulau Pinang.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, lantikan tersebut dibuat setelah selesai proses perbincangan dan rundingan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim bersama ketua-ketua cabang negeri itu.
“Senarai jawatan lantikan lain akan diumumkan kemudian,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini PKR mengumumkan 13 pengerusi MPN iaitu Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (Perak); Amiruddin Harun (Negeri Sembilan); Johari Abdul (Kedah); Christina Liew Chin Jin (Sabah); Zahir Hassan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Halim Bachik (Melaka).
Turut dilantik Hassan Abdul Karim (Johor); Azan Ismail (Terengganu); Amran Kamarudin (Perlis); Amirudin Shari (Selangor); Mohamad Suparadi Md Noor (Kelantan); Fuziah Salleh (Pahang) dan Baru Bian (Sarawak).
-Bernama

