Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images

KONVENSYEN AMANAH | Ramai pemimpin Umno cuba mendekati Amanah dan menyatakan hasrat menyertai parti serpihan PAS itu, maklum presidennya, Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, jelasnya, ramai di antara pimpinan Umno datangnya dari peringkat bahagian.

"Di peringkat besar-besar Majlis Tertinggi itu belum ada lagi, bahagian-bahagian banyak, tapi memang lah mereka (Umno) saya ingat sedang runtuh di seluruh negara," kata beliau kepada pemberita selepas majlis penutupan Konvensyen Amanah 2018 di Ipoh, Perak hari ini.

Terdahulu, ketika ucapan penggulungannya pada konvensyen tersebut, Mohamad menyebut ramai anggota Umno sedang 'mengintai' untuk menyertai Amanah.

Menurut beliau, Umno seakan lumpuh selepas kehilangan kuasa persekutuan.

"Tapi dari dulu kita kata, Umno kalau kalah tak boleh hidup.

"Sekarang meluru lari, (bekas ketua menteri Melaka) Rahim Thamby Chik pun nak lari.

"Sekarang mereka mengintai-ngintai Amanah. Kita akan lihat case by case, seorang demi seorang.

"InsyaAllah kita mahu orang ramai termasuk orang Melayu khususnya memilih Amanah," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS