BERITA Malaysiakini

Dakwaan Zahid sogok pemilihan Umno dilapor ke SPRM

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan menerima laporan dakwaan rasuah terhadap Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu pemilihan parti itu, Julai lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki berkata laporan tersebut telah dibuat pada Jumaat lalu.

“Ya. Memang ada ‘report’ dibuat kepada SPRM. Jadi, kita akan lihat kepada ‘report’ ini dan sekiranya memang ada unsur-unsur rasuah, SPRM akan menjalankan siasatan.

“Baru sahaja diterima Jumaat… Jadi tindakan akan diambil secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Laporan terhadap Ahmad Zahid itu dibuat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Ia mendakwa presiden Umno itu telah menyogok anggota-anggota parti itu bagi memenangi jawatan presiden sewaktu pemilihan parti.

Laporan itu turut menyatakan mempunyai nama-nama saksi terlibat termasuk bukti-bukti seperti gambar dan dokumen.

Dakwaan Zahid sogok pemilihan Umno dilapor ke SPRM

- Bernama

Belanjawan 2020
  • Infografik
    Carta & Graf
  • Kuiz
    Apa anda dapat?
  • Undian
    Suka atau tidak?
  • Laporan langsung
    Laporan langsung kami