Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemilihan semula: Umno S'gor bincang dulu baru putuskan

Umno Selangor akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk Umno mengadakan pemilihan parti serta-merta, kata pengerusi badan perhubungannya, Ismail Sabri Yaakob.

“Semua perkara perlu dibincang dan diputuskan oleh mesyuarat perhubungan Umno negeri, tetapi setakat ini tidak ada lagi perbincangan mengenainya,” katanya kepada Malaysiakini.

Ismail berkata demikian mengulas pendirian Umno Selangor berhubung gesaan banyak pihak agar parti itu mengadakan pemilihan parti serta-merta.

Manakala mengulas kedudukan Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ismail Sabri berkata Umno Selangor akan membincangkan pendiriannya mengenai kemudian.

“Kita tak boleh bincang sekarang sebab ramai pemimpin Selangor sedang buat umrah atau bercuti. Sebaik mereka balik, kami akan bermesyuarat, itu pasti,” katanya.

Naib presiden Umno itu mengesahkan kepimpinan parti setia kepada Umno tetapi bersetuju yang status presiden perlu dibincangkan.

“Setakat ini masih tidak ada keputusan. Kami masih bersama Umno. Mengenai presiden pula, kami akan bincang dalam mesyuarat,” katanya.

Lihat Komen
ADS