Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ismail: 4 Adun S'ngor tak ikut jejak keluar parti

Badan Perhubungan Umno Selangor mengesahkan baki wakil rakyat yang tinggal di negeri itu akan kekal bersama parti dan tidak mengikut jejak langkah bekas ahlinya, anggota parlimen Sabak Bernam, Mohd Fasiah Mohd Fakeh.

Pengerusinya, Ismail Sabri Yaakob berkata kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari Umno sudah menyatakan akan terus kekal dan tidak keluar parti walau apa jua berlaku, termasuk kesemua sayapnya.

“Empat Adun Umno di Selangor akan terus kekal sebagai anggota Umno dan kepimpinan Umno akan terus setia.

“Begitu juga dengan sayap-sayap dalam parti Umno,” katanya.

Empat Adun tersebut ialah Adun Sungai Tawar, Rizam Ismail, Mohd Shamsudin Lias (Sungai Burong), Rosni Sohar (Hulu Bernam) dan Mohd Imran Tamrin (Sungai Panjang).

Ismail berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Selangor di Bangunan Umno Selangor, Shah Alam, hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah Ketua Pembangkang Selangor yang juga ADUN Sungai Air Tawar, Rizam Ismail, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor, Johan Abdul Aziz dan Ketua Umno Bahagian Negeri.

Menurut Ismail lagi, mesyuarat pada hari ini turut memutuskan menuntut ahli parlimen di Selangor yang keluar meninggalkan parti supaya melepaskan jawatan mereka sebagai MP.

Lihat Komen
ADS