Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Berita terhangat dan pencetus berita 2018 – undian dibuka
Diterbitkan:  Dec 18, 2018 11:37 AM
Dikemaskini: 8:18 AM

Tahun 2018 ialah tahun bersejarah, buat pertama kalinya Malaysia menyaksikan perubahan rejim sejak Merdeka.

Justeru tidak mengejutkan apabila banyak berita-berita hangat berkaitan dengan peristiwa itu.

Ia bermula dari Dr Mahathir Mohamad sekali lagi perdana menteri sekali lagi pada umur 92 tahun kepada pembentukan kabinet bersama bekas musuh-musuh politiknya.

Seperti lazimnya, Malaysiakini membuka undian pembaca untuk memilih 10 isu-isu yang menarik perhatian mereka sepanjang tahun ini.

Terdapat 18 isu dalam kategori berita terhangat, yang disusun mengikut abjad, untuk dipilih oleh pembaca.

Bagi setiap pilihan, terdapat mata bermula dari 0 untuk paling rendah dan 10 paling tinggi untuk dipilih. Angka sama boleh diberikan lebih daripada sekali.

Bagi pencetus berita, ia tidak semestinya individu popular, tetapi yang sering mencuri tumpuan berita secara konsisten. Dan dengan itu, ia mencetuskan wacana umum dan memberi kesan kepada politik tanah air – tidak kira ke arah lebih baik atau lebih buruk.

Terdapat 15 calon untuk dipilih.

Setiap pihak hanya dibenarkan mengundi sekali sahaja.

Tempoh pengundian akan berakhir pada tengah malam 26 Disember dan keputusannya akan diumumkan dua hari selepas itu – 28 Disember.

Untuk mengundi, klik pada pautan ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS