Suhakam mahu cadangan dijadikan mandatori
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan mengajukan usul kepada Pejabat Peguam Negara dan menteri undang-undang untuk meminda Akta Suhakam bagi memastikan kerajaan mengambil tindakan pada setiap cadangan yang diberikan suruhanjaya itu.
Jelas pesuruhjaya Suhakam, Jerald Joseph (gambar), ketika ini Suhakam hanya bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan berhubung isu hak asasi manusia.
"Kita mahu memastikan agar nasihat yang kami berikan dapat dijadikan tindakan, di mana kerajaan diwajibkan mengambil tindakan (berdasarkan cadangan yang diberikan).
"Jika kerajaan tidak dapat melakukannya, mereka perlu memberikan sebab yang munasabah. Itu kuasa yang sepatutnya diberikan kepada sebuah suruhanjaya," katanya pada sidang media di majlis pelancaran laporan tahunan Suhakam 2017 di Kuala Lumpur hari ini.
[Berita lanjut menyusul]

