Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Banyak pihak gesa Nurul tarik balik keputusan berundur
Diterbitkan:  Dec 18, 2018 4:53 PM
Dikemaskini: 8:53 AM

Banyak pihak hari ini tampil menggesa anggota parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai naib presiden PKR.

Pengerusi PKR Kelantan Datuk Seri Mohd Supardi Md Noor berkata rata-rata cabang parti di negeri itu mahu Nurul Izzah kekal di jawatannya, lapor Bernama.

"Saya sudah menghubungi ketua-ketua cabang dan mereka memberikan mandat kepada saya untuk memohon kepada beliau menarik keputusannya meletakkan jawatan.

"Secara khususnya parti baik peringkat negeri mahupun pusat memerlukan khidmat kepimpinan muda seperti Nurul Izzah," beliau dipetik sebagai berkata.

Nurul Izzah membuat pengumuman mengejutkan itu semalam.

'Tarik balik demi parti, PH, negara'

Sementara itu, kepimpinan PKR Perak pula dilapor meminta Nurul Izzah Anwar agar menarik kembali keputusannya demi kepentingan parti, Pakatan Harapan dan negara ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata sekarang merupakan masa untuk Nurul Izzah berdiri bersama serta menjalankan reformasi di setiap negeri secara kolektif dan paling penting menunjukkan kepada negara makna demokrasi matang.

"Anggota parti dan pemimpin di Perak mengakui sumbangannya (Nurul Izzah) dan menghormati keputusannya untuk memperlihatkan prinsip lebih penting dari jawatan dan keuntungan peribadi.

"Dengan meletak semua jawatan disandang dalam parti akan memberi penampilan lebih adil dan objektif dari segi luaran, namun adalah lebih bermanfaat sekiranya pembaharuan dalam parti dapat diketuai oleh Nurul Izzah sendiri," katanya dalam kenyataan.

Lihat Komen
ADS