Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kebakaran 'amaran' buat pegawai SPRM siasat kes penting?

Rumah seorang pegawai kanan SPRM dijilat api dalam kebakaran di Taman Suria Tropika, Seri Kembangan, semalam.

Menurut sumber, ketika kejadian, pegawai di hujung 30-an itu dan keluarganya tidak berada di rumah.

Rumah dua tingkat itu, dakwanya, dibaling dengan bom petrol kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Polis bagaimanapun belum mengesahkan atau menafikan perkara ini kerana masih menunggu laporan bomba.

Pegawai itu terlibat dalam kes berprofil tinggi yang mendapat liputan hangat media.

Ditanya sama kejadian itu cuba mengganggu siasatan pegawai itu, sumber tidak menolak kemungkinannya.

“Ini mungkin amaran padanya,” kata sumber.

Laporan daripada pihak bomba menyebut tingkat dua rumah itu rosak 80 peratus tetapi tingkat bawahnya selamat.

Ketua Polis Daerah Sepang Abdul Aziz Ali berkata pihaknya telah mendapat laporan polis tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada ia dibakar dengan sengaja atau tidak.

“Laporan hanya menyebut rumah ini terbakar,” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi pihak bomba bagi mendapat perkembangan laporan forensik siasatannya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS