Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M beri jaminan Umno tidak akan ambil alih Bersatu


WAWANCARA | Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa partinya, Bersatu, tidak akan diambil alih oleh mereka yang melompat dari Umno.

"Kami juga prihatin (dengan tindakan mereka meninggalkan Umno). Kami tidak mahu memberi gambaran bahawa Umno mengambil alih Bersatu.

"Kami sangat serius tentang menapis orang-orang ini," katanya dalam temu bual di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Mahathir menjawab soalan sama ada pemimpin Pakatan Harapan menemuinya untuk menyuarakan keimbangan terhadap mereka  yang melompat dari Umno yang mahu menyertai partinya.

Terbaru ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, yang menyerahkan permohonannya untuk menyertai Bersatu pada hari Ahad.

Diumumkan pada hari berikutnya bahaw Bersatu akan bekerjasama dengan SPRM untuk memastikan mereka yang meninggalkan Umno yang ingin menyertai parti itu bebas daripada rasuah.

Mahathir telah menegaskan bahawa mereka yang melompat dari Umno mesti menjadi bebas sebelum menyertai Bersatu, dan tidak boleh memegang jawatan dalam parti.

'Pengikut, bukan pemimpin'

Tidak kira apa pun, perdana menteri menegaskan bahawa pemimpin Bersatu tidak akan mudah dipengaruhi oleh mereka yang melompat dari Umno itu dan parti itu hanya akan menerima "pengikut".

"Para pengikut ... sesetengah daripada mereka ikut kerana mereka tidak terlibat dalam merangka dasar Umno, atau bahkan memimpin parti.

"Mereka adalah ahli biasa, mereka dipilih untuk menjadi calon dan mereka menang."

Sekarang, kata Mahathir, mereka telah melihat tuduhan terhadap (bekas presiden) Najib Razak dan mereka merasakan bahawa parti itu tidak lagi memperjuangkan prinsip-prinsip penubuhannya.

Antara pemimpin yang keluar Umno yang diterima menyertai Bersatu ialah bekas menteri perdagangan antarabangsa Mustapa Mohamed dan mantan timbalan menteri pelancongan Mas Ermieyati Samsuddin.

Umno digegarkan oleh tindakan ahli Parlimennya bertindak meninggalkan parti itu minggu lalu.

Rabu lalu, empat MP Umno Sabah keluar parti dan menyatakan sokongan mereke kapada Harapan dan Dr Mahathir.

Enam lagi Ahli Parlimen Umno keluar parti itu dua hari kemudiannnya- termasuk bekas menteri Hamzah Zainuddin, yang memberi amaran kemungkinan lebih ramai akan berbuat demikian.

Perkembangan itu membimbangkan sekutu Bersatu dalam Harapan yang menggesa parti itu supaya tidak menerima bekas pemimpin Umno yang melompar keluar parti itu.

Bagaimanapun, Mahathir berkata, tidak seharusnya semua ahli Umno dipersalahan atas "kesilapan yang dibuat oleh pemimpin mereka".

[Baca berita penuh]


Lihat Komen
ADS