Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pendakwaan mohon perbicaraan bersama kes Najib dan Rosmah

Pihak pendakwaan mahukan perbicaraan bersama terhadap bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor dalam 17 pertuduhan pengubahan wang haram.

Perkara itu dimaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berkaitan pertuduhan bawah Akta SPRM 2009.

Peguam Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, memaklumkan perkara itu kepada hakim Zaini Mazlan.

“Kami merancang untuk perbicaraan bersama kes ini dan kes lain, untuk didengar bersama di sini,” kata Sri Ram.

Bagaimanapun, pasukan pembelaan diketuai oleh K Kumaraendran berkata mereka mahu tarikh sebutan untuk kedua-dua pihak membahaskan perkara itu.

Zaini menetapkan 25 Januari ini untuk mendengar permohonan itu.

Tujuh belas pertuduhan terhadap Rosmah itu dibacakan kali pertama padanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur susulan perpindahan kes itu.

Dia mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS