Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Akar umbi PKR mahu adu Latheefa pada lembaga disiplin

Tuduhan peguam Latheefa Koya berkaitan wujudnya kronisme dalam pelantikan pengerusi PKR negeri menimbulkan kemarahan dalam kalangan anggota parti itu.

Esok, kira-kira 30 anggota PKR akan memfailkan laporan kepada lembaga disiplin parti terhadap Latheefa berkaitan tuduhan yang dilemparkannya itu.

Dalam jemputan akhbar, kumpulan itu memaklumkan akan membuat sidang media esok susulan kenyataan Latheefa yang disifatkan sebagai tuduhan tak berasas dan memburukkan reputasi Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada Malaysiakini, ketua Penerangan PKR cabang Klang Mohd Farazi Mohd Shah berkata ahli PKR dari Pahang juga akan hadir di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya esok untuk membuat laporan itu.

“Kita nak minta ambil tindakan disiplin. Kita akan hantar surat pada ibu pejabat esok bersama sekitar 30 orang akar umbi PKR.

“Esok saya ada, dari Pahang pun akan datang juga. Tapi memang esok kami akan adakan sidang media,” katanya.

Isnin lalu, anak perempuan Anwar, Nurul Izzah, meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR dan pengerusi PKR Pulau Pinang.

Pengumuman itu dibiuat tidak lama selepas anggota PKR Latheefa Koya mendakwa berlaku unsur kronisme dan nepotisme dalam pelantikan pengerusi-pengerusi PKR negeri.

Semalam, Nurul memberitahu Malaysiakini bahawa dia tidak akan menarik keputusannya walaupun 13 bahagian PKR Pulau Pinang merayu untuk menarik balik keputusan itu.

“Saya tersentuh, tetapi tidak (akan kembali),” kata Izzah ringkas.

Lihat Komen
ADS