Bilangan wartawan terbunuh hampir dua kali ganda pada 2018 - laporan
Jumlah wartawan yang dibunuh di dunia hampir dua kali ganda pada 2018 kepada sekurang-kurangnya 34 orang, demikian menurut satu laporan pada hari Rabu.
Itu meningkat dengan ketara daripada pembunuhan 18 wartawan pada 2017, menurut Jawatankuasa untuk Melindungi Wartawan (CPJ).
Pertambahan iu menujukkan 10 wartawan terbunuh di Afghanistan, serta empat wartawan yang terbunuh dalam serangan pada bulan Jun di akhbar Capital Gazette Maryland.
Keseluruhan, 53 wartawan maut di tempat kerja di seluruh dunia dari 1 Januari hingga 14 Disember - termasuk Mereka yang terbunuh dalam pertempuran atau semasa tugasan berbahaya yang lain- meningkat 13 peratus daripada 47 Kematian pada 2017, kata CPJ, sebuah badan bukan keuntungan AS yang mempromosi kebebasan akhbar.
CPJ memetik piawaian antarabangsa yang tidak memadai untuk hak-hak wartawan sebagai satu lagi sebab peningkatan pembunuhan itu.
Laporan itu mengkritik keengganan Presiden Amerika Donald Trump untuk menyalahkan putera mahkota Arab Saudi atas pembunuhan kolumnis Washington Post Jamal Khashoggi, walaupun penilaian CIA bawa putera mahkota itu telah mengarahkan pembunuhan itu.
CPJ berkata pendirian Trump itu memberi isyarat kekurangan kepimpinan dalam melindungi wartawan.
Peningkatan itu termasuk serangan maut terhadap media AS baru-baru apabila seorang lelaki bersenjata yang memfailkan saman fitnahterhadap akhbar Capital Gazette di Maryland membunuh empat wartawan pada bulan Jun.
Enam puluh dua peratus daripada wartawan yang dibunuh membuat liputan politik, yang dianggap laporan itu sebagai tugasan paling berbahaya.
Minggu lepas, CPJ melaporkan ramai wartawan merengkuk di penjara kerana kerja mereka, termasuk dua wartawan Reuters di Myanmar.
Khashoggi, wartawan Capital Gazette, dan wartawan Reuters yang dipenjarakan - Lone Wa dan Kyaw Soe Oo dipaparkan minggu lalu di Time Magazine's Person of the Year issue.
- Reuters

