Ismail Sabri pangku tugas timbalan presiden Umno
Diterbitkan: Dec 20, 2018 1:34 PM
Naib Presiden Umno Ismail Sabri akan memangku tugas timbalan presiden Mohamad Hasan.
Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno Annuar Musa setelah diputuskan dalam mesyuarat pengurusan Umno hari ini,
"Keutamaan Umno sekarang adalah untuk memperkukuh saf kepimpinan dan jaga memfokuskan agenda pengukuhan parti," katanya.
Annuar berkata Ismail ditugaskan perkara itu memandangkan kedudukannya sebagai naib presiden paling kanan.
Dalam kenyataan hari ini, Ismail berharap pengukuhan parti di semua peringkat dapat direalisasikan di semua peringkat.
Mohamad sekarang sedang memangku tugas Presiden Umno Zahid Hamidi yang sedang bercuti setelah berdepan desakan berundur.

