Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Bekas Adun, akar umbi Umno keluar parti di Langkawi

Bekas Adun Ayer Hangat di Kedah, Mohd Rawi Abdul Hamid keluar Umno bersama 30 anggota akar umbi parti itu di Langkawi hari ini

"Saya bersama 30 orang, kami semua datang dari Langkawi, ada ketua cawangan, AJK pemuda bahagian, ketua puteri.

"Keputusan ini diambil utk teruskan agenda perjuagan Islam melalui parti yang sedang memerintah. Saya tak buat keputusan lagi nak sertai parti mana," katanya pada sidang akhbar di Alor Setar hari ini.

Mohd Rawi yang juga bekas exco kerajaan negeri berkata tindakan mereka keluar parti kerana melihat Umno berhadapan masalah hala tujunya.

"Yang uniknya isu Umno ini adalah masalah kepimpinan tertinggi. Tapi kita jangan lupa masalah hala tuju Umno ini sampai ke bahagian, cawangan-cawangan.

"Pemulihan, gerak kerja, program hendaklah diambil kira. Jadi penyerahan kuasa pada Tok Mat (Mohamad Hasan) itu hanya fomula, dan fomula-formula lain ini oleh kerana kita sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang, atau ada masalah lain dalam Umno," katanya lagi.

Tak boleh buat kerja undur diri

Mengulas tindakan Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bercuti daripada jawatan presiden Umno, Mohd Rawi berkata bukan setakat MP Bagan Datuk itu saja tetapi kepimpinan parti itu perlu memberi laluan kepada "mereka yang tiada kes."

"Bukan Zahid saja, siapa-siapa yang tak boleh buat kerja kena undur diri, jangan tunggu desakan pemuda Umno atau individu.

"Kalau kita rasa kita beban, better bagi laluan pada mereka yang tak ada kes.

"Tindakan Zahid serahkan tugas bagus sekurang-kurangnya dapat selesaikan masalah umno, tenteram sikit Umno," jelasnya lagi.

Hari ini, Naib Ketua Puteri Umno Bahagian Langkawi, Nur Aini Ahmad Ridzuan dan bekas timbalan ketua Umno bahagian, Mansor Bahari turut mengikut jejak Mohd Rawi.

Tindakan itu juga melibatkan beberapa ketua cawangan Umno, antaranya dari Kampung Teluk, Kampung Huma dan Kampung Pasir Hitam serta ahli parti dari Kampung Padang Lalang, Ewa, Bukit Puteri, Kilim dan Kampung Kubang Badak di Langkawi.

Lihat Komen
ADS