Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Majlis Profesor Negara kini badan bebas - Raduan
Diterbitkan:  Dec 22, 2018 7:23 AM
Dikemaskini: 11:37 PM

Majlis Profesor Negara (MPN) kini menjadi sebuah badan bebas dan tidak lagi bersuara bagi pihak kerajaan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose.​​​​​​​

Beliau yang juga presiden majlis itu berkata walaupun telah dibubarkan oleh kerajaan, MPN masih terus lagi beroperasi seperti biasa kerana ia adalah sebuah syarikat berdaftar.​​​​​​​

​​​​​​​Raduan berkata perkara berkenaan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan lembaga pemegang amanah yang mengambil keputusan adalah lebih wajar dan sesuai MPN menjadi bebas.

“MPN telah diwujudkan pada April 2010 yang mengumpulkan para akademik tertinggi antaranya untuk menggembleng kepakaran dan membentuk strategi bagi kebaikan negara serta ilmu pengetahuannya.

“Selepas ini, MPN akan lebih selesa dan bebas menyuarakan isu-isu semasa negara kerana ia telah menjadi badan persendirian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

-- LAGI

MPN-BEBAS 2 (AKHIR) KAJANG

Raduan berkata dengan ini MPN akan lebih berautonomi bagi menghidupkan semula MPN dengan penstrukturan dan pentadbiran baharu.

“Saya sentiasa berada bersama MPN dan menjadi kakitangan sepenuh masa walaupun MPN bukan lagi badan yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya.​​​​​​​

Pada 23 Mei lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa agensi dan institusi berkaitan kerajaan dibubarkan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan.​​​​​​​

Antara yang akan dibubarkan ialah MPN, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

-- BERNAMA

Lihat Komen
ADS