WAWANCARA | Sebelum pemilihan pemimpin PKR berlangsung, tidak ramai ahli PKR dan kebanyakan rakyat Malaysia di luar Sarawak mendengar tentang Larry Sng Wei Shien.

Sng muncul dalam radar politik nasional selepas memenangi pilihan raya bagi kerusi Parlimen Julau sebagai calon Bebas. Dia menyertai PKR tiga hari kemudian.

Empat bulan kemudian, beliau menawarkan dirinya sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan menewaskan senarai panjang tokoh parti itu, demikian menurut kiraan tidak rasmi Malaysiakini.

[Nota editor: Keputusan sebenar tidak pernah diumumkan oleh PKR, jadi kedudukan dalam MPP masih tidak diketahui.]

Dalam temu bual dengan Malaysiakini baru-baru ini, Sng Memberitahu Beliau pada mulanya "keberatan" untuk mengambil bahagian dalam pemilihan parti tetapi telah dipujuk oleh calon pencabar jawatan timbalan presiden Rafizi Ramli sebagai sebahagian daripada 'cai dan'.

Beliau bersyukur kerana pengalaman itu, yang digambarkan sebagai "berwarna-warni", kerana ia telah dipercepatkan kebersamaannya dalam parti barunya, menawarkan kepadanya peluang untuk bertemu dengan ahli di seluruh negara.

Bagi prestasi kontroversinya, Sng menyifatkannya sebagai tuah nombor pencalonannnya.

"Saya fikir saya sangat bertuah memilih nombor 11 (sebagai nombor calon saya).

"Nombor 11 adalah nombor yang ditunjukkan pada halaman pertama tablet untuk senarai MPP [...] dan ia adalah lebih mudah mengundi mereka pada halaman pertama atau kedua berbanding untuk mengundi mereka pada halaman seterusnya.

"Jadi dalam erti kata itu, saya bernasib baik kerana kedudukan tinggi dalam senarai itu," katanya.

Seorang yang lembut percakapannya dan sering berhenti berfikir sebelum menjawab soalan, Sng berkata dia yakin pengkritiknya akan memahaminya selepas mereka menyaksikan sumbangannya kepada parti itu.

"Saya tahu saya mempunyai sokongan, jika tidak saya tidak akan dipilih sebagai MPP saya tidak mengambilnya hati (kena boo).

"Saya seorang yang sangat optimis, saya fikir dalam masa tiga tahun (pada pemilihan parti akan datang), ia akan berubah menjadi lebih baik," katanya.

Semasa pilihan raya, bahagian ini Julau telah dilanda kontroversi Mengikuti pendedahan keahlian parti di situ yang menyaksikan peningkatan 2,147 peratus - daripada 603 orang kepada 13,549 ahli - hanya dalam masa satu hari.

Terdapat juga dakwaan bahawa ahli telah didaftarkan tanpa pengetahuan mereka dan menggunakan alamat yang meragukan.

Lawan-lawan Sng telah didakwa peningkatan jumlah ahli itu bertujuan utnuk mempengaruhi pemilihan parti, tetapi parti kemudian menjelaskan bahawa semua proses pendaftaran ahli adalah telus.

Drama terus menghantaui Julau hingga ke hari mengundi dengan dakwaan malware dipasang pada tablet, sehingga mendorong kepada gesaan kepada pemilihan semula. Jawatankuasa pemilihan menolaknya kerana tiada data yang didapati telah dikompromikan.

Sng menyatakan bahawa dia tidak akan menjawab sebarang soalan mengenai keahlian Julau kerana kes iu sedang disiasat oleh SPRM.

[Baca berita penuh]