AS turut gesa pembebasan dua warga Kanada ketika kes ektradisi Huawei
GLOBAL Amerika Syarikat menyertai Kanada pada hari Jumaat dalam menggesa Beijing membebaskan dua warga Kanada yang ditahan dalam apa yang dianggap sebagai tindak balas terhadap penahanan eksekutif sebuah syarikat utama China
China minggu lalu menahan dua warga Kanada - Michael Kovrig, bekas diplomat dan penasihat badan pemikir Crises Group (ICG) , dan ahli perniagaan Michael Spavor selepas polis Kanada menahan Ketua Pegawai Kewangan Huawei Technologies Co Ltd Meng Wanzhou, pada 1 Dis .
"Kami amat mengambil berat terhadap penahanan pihak berkuasa China terhadap dua warga Kanada awal bulan ini dan menggesa supaya mereka dibebaskan segera," kata Menteri Luar Kanada Chrystia Freeland dalam satu kenyataan.
Freeland berkata Yang Meng, yang juga anak kepada pengasas Huawei, berdepan dengan prosiding perundangan yang "adil, tidak berat sebelah dan telus. Kanada tidak akan berkompromi atau mempolitikkan kedaulatan undang-undang dan proses sepatutnya.."
Kata-katany itu senada dengan kenyataan jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat JRobert Palladino, yang menegaskan bahawa Kanada menghormati komitmen perundangan antarabangsa dalam penahanan Meng, dan menggesa pembebasan segera Kovrig dan Spavor.
China telah memberikan maklumat samar-samar tentang mengapa ia menahan warga Kanada itu, dengan mengatakan mereka disyaki melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membahayakan keselamatan China, dan ia tidak mengaitkannya dengan penangkapan Meng.
Amerika Syarikat telah berusaha untuk mengekstradisi Meng atas tuduhan mengelirukan bank-bank multinasional mengenai urus niaga berkaitan Iran, yang meletakkan bank-bank berisiko melanggar sekatan A.S..
Eksekutif berusia 46 tahun itu dibebaskan dengan jamainan di Vancouver.
Huawei adalah pembekal telekom terbesar di dunia dan penjual telefon pintar kedua terbesar di dunia. Amerika Syarikat telah menyiasat sejak 2016 sama ada Huawei menghantar produk dari AS ke Iran dan negara-negaara lain yan melanggar undang-undang eksport dan sekatan AS, lapor Reuters pada bulan April.
- Reuters

