Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bayi bertali pusat ditemui di tepi jalan
Diterbitkan:  Dec 24, 2018 2:22 PM
Dikemaskini: 6:22 AM

Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui dalam keadaan berbalut tuala putih di tepi jalan di Kampung Bunga, Chepir dekat Sik, Kedah pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman berkata, bayi yang masih bertali pusat itu ditemui seorang lelaki, kira-kira pukul 8 pagi tadi, sewaktu dalam perjalanan menuju ke dusun miliknya di kampung terbabit.

"Menurut pengadu, dia terdengar bunyi tangisan bayi sewaktu melalui jalan berhampiran sebuah rumah anak yatim dekat sini, lalu mencari suara itu sebelum menemui seorang bayi yang diselimuti tuala putih, di tepi jalan di situ.

"Pengadu kemudiannya menghubungi jururawat di klinik desa kampung terbabit dan selepas jururawat membuat pemeriksaan, bayi itu hantar oleh pengadu ke Hospital Sik untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Abdull Razak berkata, siasatan awal mendapati bayi seberat 2.2 kilogram itu berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang kecederaan atau masalah kesihatan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan (menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi)," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS