Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rombak kurikulum: PAS cadang konsep integrasi ilmu
Diterbitkan:  Dec 24, 2018 4:55 PM
Dikemaskini: 8:59 AM

PAS mencadangkan agar konsep integrasi ilmu diperkenalkan dalam kurikulum sekolah selepas ia dirombak nanti.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata, kurikulum sedia ada sudah baik tetapi perlu diperkemaskan dengan kesepaduan antara ilmu wahyu dan ilmu akal.

"Sebab itu PAS mencadangkan konsep integrasi ilmu perlu diterapkan bagi membentuk jati diri dan kefahaman pelajar.

"Ia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Jumaat lalu berkenaan rombakan kurikulum itu yang bertujuan memberi lebih masa kepada subjek yang 'berguna'.

Beliau berkata untuk maju rakyat Malaysia perlu menguasai pelbagai bidang dan bukan mata pelajaran agama saja.

Kenyataan itu disanggah pelbagai pihak, termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang menyifatkan kenyataan "sekolah kebangsaan sudah menjadi sekolah agama" hanya mencetuskan kekeliruan.

Abim sebaliknya mencadangkan kajian mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah haruslah dengan tujuan menyesuaikannya dengan pengamalan Islam dalam kerangka masyarakat majmuk di Malaysia.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata konsep integrasi yang dicadang PAS sudah diterabkan di banyak sekolah dan mendapat sambutan menggalakkan di kalangan masyarakat.

"Kebanyakan institusi pendidikan seperti di Selangor, Terengganu dan Kelantan telah menyubuhrkan konsep integrasi ini seperti pelaksanaan Sekolah Rendah Agama Integrasi, Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab dan Maahad Tahfiz Sains."

Beliau juga mencadangkan agar mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam semua peperiksaan utama negara.

Lihat Komen
ADS