Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SU Agung PAS: 'Merry Christmas' kepada rakyat Malaysia
Diterbitkan:  Dec 25, 2018 3:09 PM
Dikemaskini: 7:09 AM

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menghantar ucapan perayaan sempena sambutan Hari Krismas.

“Saya ucapkan Merry Christmas kepada semua rakyat Malaysia yang merayakan Hari Krismas, semoga kita sama-sama berada dalam keadaan aman harmoni di negara kita tercinta ini.

“Sebahagian besar dari rakan-rakan sekelas dengan saya di Law Faculty, University of Malaya adalah bukan beragama Islam. Kami masih mesra sehingga sekarang sebagai satu keluarga dan saling berhubungan dan bertemu dalam reunion.

“Perbezaan pandangan adalah satu rahmat dalam ajaran Islam,” kata beliau dalam suatu kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi menegah umat Islam daripada menyambut Hari Natal kerana ia bercanggah dengan akidah Islam.

“Lain keadaan sekiranya ada jiran kita beragama Kristian, boleh ucap sebagai tanda menghormati mereka.

“Namun, tidak boleh suka-suka untuk ucap kepada mereka melalui status yang ditulis secara umum contoh di laman sosial Facebook, ia seolah-olah menunjukkan keredaan kepada agama mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Ketua Dewan Ulama PAS Sabah Mustaqim Aling menggesa umat Islam, terutamanya muallaf supaya menjaga hubungan silaturahim dengan keluarga dan sahabat handai daripada agama yang berbeza.

Namun, ramai pemimpin beragama Islam telah membuat ucapan selamat Hari Krismas, termasuklah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Lihat Komen
ADS