Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Korban tsunami meningkat kepada 429 orang
Diterbitkan:  Dec 25, 2018 4:15 PM
Dikemaskini: 8:15 AM

Angka korban akibat tsunami yang melanda Selat Sunda di antara kepulauan Sumatera dan Jawa meningkat kepada 429 orang.

Jumlah itu meliputi korban di lima daerah iaitu Serang, Pandeglang, Lampung Selatan, Pesawaran dan Tanggamus.

Jumlah mangsa yang terkorban di daerah Pandeglang mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 290 orang, lapor Kompas.

Menurut Ketua Data, Informasi dan Hubungan masyarakat Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho, daerah Pandeglang mencatatkan jumlah korban paling tinggi iaitu seramai 290 mangsa.

Ini diikuti Lampung Selatan 108 orang, Serang 29 orang, Pesawaran dan Tanggamus masing-masing seorang mangsa.

Sementara itu seramai 1,485 mangsa dilaporkan cedera manakala 154 orang masih hilang.

Menurut kenyataan dari Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), gunung berapi Krakatau meletus kira-kira pukul 9 malam, Sabtu lalu dan tsunami melanda setengah jam kemudian.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS