GLOBAL Seorang kanak-kanak pendatang Guatemala berusia lapan tahun, meninggal dunia sejurus selepas tengah malam Khamis, sejurus selepas ditahan ejen sempadan AS, kata badan perlindungan sempadan dan Kastam AS (CBP) dalam satu kenyataan - kanak-kanak pendatang kedua meningggal dunia bulan ini selepas dithan di sempadan antara Mexico dan Amerika Syarikat.

Kanak-kanak lelaki itu dan bapanya berada dalam tahanan CBP pada 24 Disember apabila seorang ejen Rondaan Sempadan mendapati dia menunjuk tanda-tanda tidak sihat, kata CBP.

Bapa dan anaknya itu dibawa ke pusat perubatan di Alamogordo, New Mexico, di mana kanak-kanak itu didiagnosis mengidap demam sejuk dan kemudiannya  dibenarkan keluar oleh kakitangan hospital.

Tetapi petang itu, kanak-kanak itu mula muntah dan dipindahkan semula ke hospital. Dia meninggal dunia di hospital tidak lama selepas tengah malam, kata CBP, dan punca rasmi kematian tidak diketahui.

Bapa dan kanak-kanak tu tidak dikenalpasti, dan agensi itu berkata ia akan mengeluarkan lebih banyak maklumat "apabila ada dan sesuai."

Ini adalah kematian kedua kanak-kanak pendatang yang ditahan selepas cuba mmemasuki Amerika Syarikat melalui sempadan AS-Mexico.

Terdahulu pada bulan Disember, Jakelin Caal yang berusia tujuh tahun, juga dari Guatemala, meninggal dunia selepas ditahan bersama bapanya oleh ejen sempadan AS. [Baca berita penuh]

- Reuters