Pasukan penyelamat Indonesia guna dron, korban tsunami meningkat kepada 400
Pasukan penyelamat Indonesia pada hari Selasa menggunakan dron dan anjing pengesan untuk mencari mangsa yang terselamat di sepanjang pantai barat Jawa yang dilanda tsunami yang mengorbankan sekurang-kurangnya 429 orang.
Awan abu tebal terus dimuntahkan dari Anak Krakatau, sebuah pulau gunung berapi yang runtuh semasas air pasang tinggi pada hari Sabtu yang mengakibatkan ombak besar melanda kawasan pantai di kedua belah Selat Sunda antara pulau Sumatera dan Jawa.
Sekurang-kurangnya 154 orang masih hilang. Lebih daripada 1,400 orang cedera dan ribuan penduduk mencari perlindungan di kawasan tinggi, ekoran amaran ombak besar akan berlarutan hingga ke hari Rabu.
Penyelamat menggunakan jentera berat, anjing pengesan dan kamera khas untuk mengesan mangsa di sepanjang 100km di pantai barat Jawa dan para pegawai berkata kawasan penarian akan diperluaskan jauh ke selatan ekoran penemuan mayat yang hanyut.
"Terdapat beberapa lokasi yang sebelum ini kita fikira tidak terjejas," kata Yusuf Latif, jurucakap agensi pencarian dan penyelamatan kebangsaan.
"Tetapi sekarang kita sampai ke kawasan yang lebih jauh ... dan sebenarnya terdapat banyak mangsa di sana," katanya.
Pihak berkuasa berkata pasukan penyelamat bekerja sepanjang masa untuk dampai ke enam perkampungan, yang kini tiak boleh diakses melalui jalan darat dan di mana ombak tsunami dipercayai setinggi lima meter.
Archipelago yang luas itu terletak di atas "Ring of Fire" di pasifik, dan angka kematian tahunan adalah yang terburuk dalam tempoh sedekad ini.
Gempa bumi meranapkan sebahagian pulau Lombok pada bulan Julai dan Ogos, dan gempa bumi tsunami berganda di pulau Sulawesi pada bulan September mengorbankan lebih 2,000 orang di kawasan pedalaman pulau Sulawesi.
Ia mengambil masa hanya 24 minit selepas tanah runtuh untuk gelombang melanda, dan tidak ada amaran awal bagi mereka yang tinggal di pantai.

