GLOBAL Presiden Donald Trump membuat lawatan mengejut menemui pasukan tentera AS di Iraq pada hari Rabu, lawatan pertamanya ke zon konflik di Amerika Syarikat selepas hampir dua tahun menjadi presiden dan beberapa hari selepas mengumumkan penarikan keluar tentera AS dari Syria.

Trump mencari beberapa tajuk berita positif selepas mengumumkan penarikan keluar 2,000 tentera AS dari Syria, menarik keluar kontinjen 14,000 tentera di Afghanistan, dan mempercepatkan penamatan khidmat Setiausaha Pertahanan James Mattis yang mengkritik dasarnya.

Diiringi oleh wanita pertama Melania Trump dan bercakap di Pangkalan Udara Al Asad di barat Baghdad, Trump mempertahankan penarikan keluar tentera dari Syria dan mengatakan ia ekoran kekalahan IS.

"Kehadiran kita di Syria tidak kekal dan ia tidak pernah dimaksudkan untuk kekal," katanya, sambil menambah sebahagian anggota tenterta "kini boleh pulang menemui keluarga masing-masing."

Banyak ahli parlimen Republican dan Demokrat yang mengkritik Trump atas keputusannya berkaitan Syria, dengan mengatakan bahawa perjuangan di situ adalah untuk menentang IS.

Salah satu pengkritiknya ialah Mattis, yang mengatakan dalam surat peletakan jawatan bahawa pandangannya tidak sejajar dengan Trump, terutamanya dalam merayan sekutu AS.

Mattis adalah antara yang mengkritik keputusan itu. Mattis merancang untuk berhenti akhir bulan Februari.

Trump juga telah dikritik kerana tidak melawat tentera AS sejak Januari 2017, terutama selepas dia membatalkan lawatannya ke tanah perkuburan Perang Dunia Pertama di Perancis. {Baca berita penuh]

- Reuters