BERITA Malaysiakini

Kenaikan tol di seluruh negara dibekukan

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Kabinet bersetuju membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya di seluruh negara yang tolnya layak dinaikkan pada tahun 2019.

Ini adalah penambahbaikan kepada pengumuman Belanjawan 2019 yang membekukan semua kenaikan kadar tol di lebuh raya dalam bandar sahaja untuk tahun hadapan. 

“Pembekuan komprehensif ini adalah berasaskan kepada tanggungjawab kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk meringankan beban sara hidup yang dipikul oleh rakyat Malaysia,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Dalam kenyataan hari ini, Lim berkata pembekuan itu telah dipersetujui kabinet pada 12 Disember lalu.

Kerajaan menganggarkan pembekuan kadar itu akan melibatkan kos bayaran pampasan yang dianggarkan berjumlah RM972.75 Juta kepada syarikat konsesi lebuh raya.

Lim juga menyenaraikan kadar kos tol semasa bagi kenderaan kelas 1 dan kadar tol 2019 berdasarkan perjanjian konsesi.

Bagi Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), kadar tol semasa ialah RM13.60 perkilometer. Menurut perjanjian konsesi ia sepatutnya dinaikkan kepada 14.99 perkilometer.