Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

WAWANCARA | Rakyat akan dapat melihat penambahbaikan pentadbiran Pakatan Harapan dalam beberapa tahun ini, kata Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, kerajaan baru ini masih melalui proses pembelajaran dan tidak banyak yang dapat dilakukan oleh kerajaan baru sejak mengambil alih Putrajaya daripada BN.

Ini, katanya, terutamanya berkaitan dengan perkara dasar yang perlu dipulihkan Putrajaya.

“Saya tak cakap hal ini sebagai alasan, (ada yang kata ) ‘alah ada tujuh bulan pun tak boleh buat apa’.

“Tapi seluruh negara berada dalam keadaan untuk melaksanakan semua hal dalam masa tujuh bulan. Saya tak kata tidak mustahil. Ada kemungkinannya tapi kamu perlu buat apa yang kamu bolah laksanakan.

Ada batasan tertentu

"Dalam apa yang anda mampu lakukan, terdapat (juga) batasan-batasan tertentu, tetapi saya fikir, berilah masa dan saya boleh katakan perkara-perkara tertentu akan bertambah baik dalam satu atau dua tahun ini.

"Kami diberi lima tahun, jadi jelas dalam tempoh satu tahun akan datang banyak hal akan bertambah baik daripada segi cara anda mentadbir negara, menguruskan isu-isu dan apa perkara yang perlu diberi keutamaan. Inilah yang cuba dilakukan oleh kerajaan," katanya kepada media semasa wawancara khas pada hari Isnin lalu.

Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, diminta mengulas prestasi pentadbiran PH dan kebelakangan ini mengenai keputusan dasarnya yang dilihat berdolak-dalik.

Kerajaan PH mengambil alih Putrajaya dari BN selepas mengalahkan gabungan itu pada pilihan raya umum 9 Mei lalu. Bagaimanapun PH dikritik dalam isu- isu pentadbiran dan kegagalannya melaksanakan janji dalam manifesto PRU14.

Antara keputusan PH yang bercanggah dengan manifesto pilihan rayanya adalah pembayaran pinjaman pelajaran PTPTN melalui potongan gaji bulanan dan janji untuk menghapuskan tol lebuh raya.

Muhyiddin menegaskan kerajaan baru memerlukan masa supaya dapat menangani banyak perkara dengan betul.

Menteri dalam negeri itu juga menjelaskan PH meletakkan kepentingan dalam melakukan apa jua hal yang mereka fikir paling sesuai untuk negara dan beberapa keputusan yang seperti berpatah balik itu bukanlah sikap berdolak-dalik tetapi keputusan penting yang harus dilakukan demi kepentingan terbaik Malaysia.

"Sudah tentu, pada peringkat ini, terdapat beberapa perkara yang tidak diselesaikan. Sesetengah isu, seperti yang anda katakan, dibuat pusingan U. tetapi bukan semua hal yang bercanggah (dengan janji manifesto PRU14).

"Jika dasar-dasar tertentu perlu disesuaikan untuk kebaikan negara, maka ini adalah sesuatu yang perlu kita lakukan.

"Dan ada banyak isu, perkara-perkara yang perlu ditangani bukan sahaja ekonomi, tetapi kita bercakap tentang subjek yang menarik minat ramai orang iaitu hubungan kaum [...] bahawa orang Melayu, Cina dan India mesti hidup bersama dengan gembira tanpa isu dan tidak melakukan sesuatu yang akan menyakiti perasaan orang lain.

Skop agak luas

"Dan itu bukan perkara kecil [...] ia boleh melibatkan beberapa dasar yang kita telah pakai [...] cara tertentu untuk tidak melakukan perkara-perkara yang tidak betul yang diamalkan oleh kerajaan sebelumnya.

"Kita perlu meletakkan semula hal ini kembali kepada aturannya. Sistem pendidikan mesti diletakkan di kedudukan yang jauh lebih baik daripada sekarang kerana ia telah menciptakan sedikit perbezaan dan jarak di antara para pelajar ini.

“Jika kamu fafam, skopnya agak luas. Saya lama berada di dalam kerajaan (ketika bersama BN) dan sekarang saya tahu tidak mudah untuk melakukannya. Lebih-lebih lagi jika kamu mahu meninggalkan cara lama,” tegasnya.

Faktor lain yang memerlukan masa adalah penyesuaian perkhidmatan awam supaya selaras dengan dasar baru, kata Muhyiddin.

Beliau berkata penting bagi Putrajaya untuk memastikan kakitangan awam memahami apa yang mereka perlu lakukan.

"Mereka adalah pelaksana (walaupun mereka tidak) membuat keputusan, tetapi mereka terlibat dalam merumuskan dasar. Penjawat awam kami sangat baik, tetapi sekarang anda merasakan bahawa anda perlu bergerak dengan cara yang berbeza untuk perbaikan itu, kami perlu memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan.

"Mereka perlu melalui proses latihan tertentu, untuk mengikuti kursus di Intan (Institut Tadbiran Awam Negara) dan kami perlu memberi input.

"Proses ini memerlukan masa, anda tidak boleh mengharapkan untuk melakukannya dalam tempoh tujuh bulan," katanya.

Muhyiddin berpengalaman menganggotai kabinet beberapa kali sejak tahun 1995. Katanya, menteri baru PH juga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dan meningkatkan prestasi perkhidmatan mereka.

“Mereka perlu melalui proses latihan tertentu, untuk mengikuti kursus di Intan (Institut Tadbiran Awam Negara) dan kami perlu memberi input.

"Proses ini memerlukan masa, anda tidak boleh mengharapkan untuk melakukannya dalam tempoh tujuh bulan," katanya.

Menteri perlu gali pengalaman

Setelah menjadi anggota kabinet beberapa kali sejak tahun 1995, Muhyiddin berkata menteri baru PH juga memerlukan masa untuk menyesuaikan dan meningkatkan prestasi perkhidmatan mereka.

Beliau berkata pentadbiran PH akhirnya akan menjadi lebih stabil kerana menteri-menterinya menggali lebih banyak pengalaman.

"Kami sudah melalui tujuh bulan, cukup jelas anda katakan terdapat pusingan U, bahawa (kerajaan) tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ini adalah percubaan dan kesilapan tetapi diharapkan tidak banyak kesilapan tetapi lebih banyak percubaan.

“(Pada masa itu) para menteri lebih fokus, mereka akan mendapat sedikit pengalaman selepas satu tahun, memahami portfolio mereka dan mengetahui apa yang perlu dilakukan dan apa yang menjadi bidang keutamaan.

"Ini adalah perkara-perkara yang saya fikir kita dapat menjangkakan dari tahun depan dan seterusnya," kata Muhyiddin.

Lihat Komen
ADS