Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kucing jadi hantaran majlis tunang
Diterbitkan:  Dec 28, 2018 11:56 AM
Dikemaskini: 3:56 AM

Majlis pertunangan akan menjadi kenangan indah buat pasangan yang mahu melangkah ke fasa perkahwinan.

Buat satu pasangan di Kuantan, majlis pertunangan mereka pasti akan lebih diingati bukan sahaja oleh mereka, malah tetamu yang hadir apabila mereka menyediakan hantaran yang lain dari lain - seekor kucing.

Malah, lebih mencuri perhatian, kucing tersebut tidak kekok memainkan peranan sebagai hantaran apabila menunjukkan ‘ragam yang elok’ sehingga tertidur sepanjang majlis berlangsung.

Menurut Tengku Nurul Atika Nabiha Tengku Rosnan, 23, kucing itu dihadiahkan tunangnya sebagai pengganti seekor kucingnya yang mati pada Oktober lalu.

“Sebab itu tunang saya memilih menghadiahkan seekor kucing kacukan dari baka Parsi dan British Short Hair.

“Kucing ini juga memberikan ‘kerjasama’ ketika majlis tersebut apabila duduk di dalam bekas hantaran disediakan sehingga tertidur,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Nurul Atiqa sememangnya seorang peminat kucing, melangsungkan pertunangan dengan pasangannya Mohamad Ibtisam Syafiq Azmi, 23.

Majlis tersebut berlangsung pada Hari Natal 25 Disember lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS